Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis kesum yang biasa di dapati iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.
Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.
Kajian menunjukkan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob.
Ðaun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.
Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran. Kajian mendapati kandungan bahan alipathis aldehyde ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu. Kandungan bahan seperti Decanal dan Dodecanal dalam Alipethic aldehyde boleh didapati dengan mengeringkan daun kesum sebelum diekstrak untuk dijadikan minyak wangi atau bahan perisa masakan
Daun kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Dalam 100 g, bahagian yang boleh dimakan daun, daun kesum mengandungi: air 73.2 g, protein 2.8 g, lemak 0.7 g, karbohidrat 18.4 g, serat 2.8 g, kalsium 232 mg, fosforus 19 mg, ferum 3.2 mg, natrium 19 mg, kalium 308 mg, karotena 7433 mg, vitamin A 1239 mg, vitamin B10.15 mg, vitamin B2 0.2 mg, niasin 2.8 mg, vitamin C 125 mg.
Kajian menunjukkan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob.
Ðaun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia ‘aliphatic aldehyde’ yang tinggi dan komponen kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dikatakan mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.
Tidak banyak bahan semula jadi seumpamanya di pasaran. Kajian mendapati kandungan bahan alipathis aldehyde ini adalah tinggi sehingga 605 dalam beberapa spesis tertentu. Kandungan bahan seperti Decanal dan Dodecanal dalam Alipethic aldehyde boleh didapati dengan mengeringkan daun kesum sebelum diekstrak untuk dijadikan minyak wangi atau bahan perisa masakan
Dari aspek dunia perubatan Melayu, herba yang bersifat panas ini dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara kelebihan daun kesum ini ialah :
Menguatkan daya penglihatan
Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
Mengharumkan tubuh
Mengatasi masalah keputihan
Baik untuk wanita lepas bersalin
Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.
Mengatasi masalah ketidakhadaman, mengharumkan tubuh dan bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah..
Tonik hati, buah pinggang dan darah
Mengeluarkan angin dari perut dan usus.
Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,
membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan serta merangsang haid.
Ubat Gout/radang sendu : Ðaun kesum juga digunakan untuk merawat reumatisme, gout, radang sendi dan batu karang. Namun bagitu pengambilan terlalu kerap adalah tidak digalakkan, kerana kandungan asid oksalik di dalamnya boleh menghalang penyerapan mineral ke dalam tubuh.
masalah kelemumur – Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur, menghitamkan rambut. Untuk mengatasi kelemumur, tumbuk sehingga lumat daun ini, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air lalu gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit sebelum dibilas. Ubat pupuk di tempat berkudis.
Masalah perut tidak hadam, boleh merebus daun kesum dan meminum airnya.
menjaga kesihatan penglihatan (adanya beta carotena dlm daun kesum). Selain itu, di kalangan masyarakat Cina, daun kesum memiliki khasiat sebagai tonik hati, buah pinggang dan juga darah.
No comments:
Post a Comment