Nama Vernakular : Peria Katak
Nama Botani : Momordica charantia
Famili : Cucurbitaceae
Khasiat Buah Peria Katak
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Buah Peria Katak yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Bitter Gourd, Masalah mata, Merawat darah, Momordica charantia, penyakit kencing manis, Penyakit taun, Peria Katak, Sumber Tenaga.
Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan.
Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China, India, kepulauan Nusantara dan Kepulauan Caribbean.
Dikenali sebagai tanaman herba, namun, pokoknya juga boleh ditanam sebagai tanaman hiasan yang menarik kerana karakter tumbuhan yang menarik.
Ia mempunyai batang yang lembut, menjalar dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya dan biasanya ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga lima meter.
Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekelilingnya. Daunnya yang berwarna hijau itu mempunyai tiga hingga tujuh lekuk yang tumbuh berselang-seli di batangnya. Pokoknya mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina yang berasingan berwarna kuning.
Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan.
.
Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Peria Katak mempunyai pelbagai khasiat dan baik untuk kesihatan. Antaranya;
.
1. Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
.
2. Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
.
3. Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
.
4. Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
.
5. Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
.
6. Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
.
7. Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
.
8. Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
.
8. Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
.
9. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
.
10. Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
– Pokok peria katak mudah dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh didapati dari buahnya yang telah masak ranum.
Kaedah penanamannya adalah seperti berikut:
– Semai dulu biji benih dalam medium tanaman untuk pokok berpasu ialah dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Bahan organik: Pasir sungai). Gunakan juga medium tanaman ini untuk penanamannya.
– Apabila anak pokok telah tumbuh beberapa helai daun bolehlah dicabut. Berhatihati ketika mencabut dan pastikan terdapat medium tanaman yang masih melekat pada akarnya. Ini bagi memastikan agar anak pokok dapat terus hidup subur. Tanam sama ada dalam pasu atau di tanah untuknya tumbuh membesar.
Teknik penjagaan1.Siram air dua kali sehari pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya bahan tanamannya tidak kering untuk mengelakkan daun, bunga atau putik buahnya layu dan gugur secara tiba-tiba.
Siram bila perlu sahaja.
Tutup bahagian atas medium tanaman di sekeliling pokok dengan bahan sungkupan untuk mengelakkannya cepat kering
2. Dedahkan kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbunga dan berbuah lebat.
3.Gunakan baja organik seperti baja najis ayam atau kelawar iaitu yang terbaik untuk membajai pokok ini ketika membesar hingga berbunga dan berbuah. Baja kimia juga sesuai untuknya.
– Gunakan baja yang mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi atau berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan pokok yang sihat.
– Gunakan baja yang mengandungi kandungan fosfat (P) atau berwarna merah untuk pertumbuhan bunga yang banyak manakala baja yang mengandungi kandungan kalium (K) yang tinggi atau berwarna biru pula adalah untuk buah yang banyak dan cantik.
4.Tegakkan kayu pancang untuk memudahkan pokok ini memanjat agar ia dapat tumbuh subur dan berbuah.